ADA PERTANDINGAN


Sempena Archiday 2011 ni akan diadakan satu pertandingan fotografi. Pertadingan ini terbuka kepada semua pelajar AP213 Part 1-7. Jadi pada sesiapa yang merasakan dirinya dah cukup handal berfotografi, tunggu apa lagi? Pamerkan skil anda tu di sini!:)

C O U N T D O W N

Tanggal 25/10/2011..bermaksud hanya tinggal 29 hari sahaja lagi sehingga berlangsungnya ADA Archiday 2011..setakat ini kami di studio Archirocks sedang bertungkus lumus memikirkan idea-idea bagi menjadikan Archiday kali ini sebagai event yang gempak segempak gempaknya, insya-Allah..setinggi-tinggi penghargaan diberi kepada para seniors yang menyumbang idea dalam sesi-sesi 'crit bersama senior'..thank you so much:) Oh ya, jangan lupa untuk menghadirkan diri beramai-ramai di ArchiTalk 2011 yang akan berlangsung tidak lama lagi (27/10). Sama-samalah kita menambah ilmu kita dalam bidang ini. Orait..

Pemilihan Logo ADA - Archiday 2011

Tarikh : 29 September 2011
Lokasi : TEC 1
Masa : 9 malam

Bertemakan ADA, Archiday 2011 mencari logo yang sesuai bertepatan dengan tema yang telah ditetapkan.Penyertaan mengalakkan diterima dari kalangan Part 1.

Sedikit info mengenai ADA yang menajdi 'guideline' buat ke semua pelajar untuk mencipta sebuah logo yang bertepatan dengan tema : ADA

WUJUD sebelum HILANG
PUNYA bukan MILIKI
Establish ADA

Kamu ADA sesuatu yang orang lain tiada,sedangkan orang lain ADA apa yang kamu tiada

Majlis pemilihan logo malam itu dihadiri oleh En Tajol & En Faisol selain pelajar-pelajar.Logo-logo daripada pelajar ditampal untul proses pemilihan oleh pensyarah. Pensyarah kemudiannya menapis logo-logo berdasarkan setiap Part.

Logo yang terpilih kemudiannya diumukan dan pemilik dikehendaki memberi penjelasan mengenai logo yang dicipta.Selesai penerangan daripada setiap logo yang terpilih, pensyarah sekali lagi menapis dan memilih Top 3, manakala keputusan pula di tentukan melalui undian majoriti pelajar.

Senarai Top 3 yang terpilih :
Hasyir Hazwan [PART 5]





Syahmir Manaf [PART 3]
Dan keputusan undian majoriti memihak kepada Syahmir Manaf.]

Deskripsi ringkas oleh Syahmir Manaf mengenai logo yang direkanya :

The contrast bermaksud ada kurang ada lebih.Manakala 8 layer pada logo mewakili 8 part dan warna ungu dipilih sebagai simbolik kepada inovatif & fresh!


P/S :Nantikan Archisport pada 6-8 Oktober 2011!!